Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Salam sejahtera!
SELOKA BERTAJUK:UMNO@BN
BULAN PUASAPUN BERSANDIWARA - SANDIWARA TU SANDIWARALAH JUGAK TAPI...???
Seloka dikarang
hanya sumbangan, Elakkan sepi teruskan perjuangan, Lambaian jihad disahut laungan, Obor
kemenangan hampir dalam tangan.
Kalau diteliti berita sensasi, Akan termuntah kerana dah
basi, Berita disuap menambahkan sangsi, Eloklah BN nak PECAH kongsi.
Rakyat ditipu
tiadalah henti, Tipuan pula kurang teliti, Akibat LUNAS punya penalti, Jadilah BN tiada
mentaliti.
Untuk mengelak malu melanda, Kerajaan sebok atur propaganda, UMno lancarkan
berbagai agenda, Malang sekali nampak mengada.
Nak salahkan BA ciptalah cerita, Orang UMno
hebohkan berita, BN kalah memanglah derita, Namun BAlah tahan bas dan kereta.
Bersalahlah
BA menahan BAS, UMno@BN marah tak puas, Lancanglah PM sambil mengganas, Akibat kekalahan
BN di LUNAS.
Niat mereka memang dah bengkok, Padan muka dah kena ketok, Usahlah terus mahu
berkokok, Akan kepenjara nanti merengkok.
Setelah kalah cuba tak ngaku, Allah dah balas
segala kelaku, Pujuk rayumu semua tak laku, Unjuk diambil tapi disiku.
Nak tau itulah
balasan Tuhan, Berjuta rakyat lepas keluhan, Eloklah diterima segala cemuhan, Rakyat
meluat terima imbuhan.
Salahkan lagi semua orang, Angkara diri menconteng arang, Namun
orang pulak diserang, Di sini membuktikan siapa curang.
Itulah akibat mulut yang cabul,
Walaupun wang curah berbakul, Anggaplah rakyat semua bacul, Rakyat menghukum BNpun kantol.
Angkara menghina kaum Cina, Suqui dikata dan dihina, Anggap komunis musuh durjana,
Natijahnya BN dapat bencana.
Ditambah pula sekolah wawasan, Itu pelengkap hilangnya kawasan,
Wang disogok tagih balasan, Apa guna kalau balik Tong San?.
Ribut pula, bila Pejuang
Pelastin keluar, Andainya dah terkencet di dalam seluar?, Takut nampaknya rahsia
terbongkar, Ularmak UMnopun buat kelakar.
Sandiwara tu memangpun tipu, Al-Ma'unah Sauk
arahan sifu, Namun lakonan nampak merapu, Ditayang semula sesen tak laku.
Intifadhah pula
cuba disebut, Walhal otak dah nampak serabut, Alangkah malunya dah kelam kabut, Ramai ahli
UMno kini dah cabut.
Adakah patut celuparnya mulut, Libatkan BA dalam kemelut, Agaknya dah
tak tahan bergegar lutut, Hasilnya bercakap melalut-lalut.
Jangan dicabar rakyat yang
geram, Usah dicipta sandiwara seram, Gagasan rakyat tak pernah suram, Angkara PM UMno kan
karam.
Kalau rakyat disifatkan begitu, Tentulah KERAjaan memang macamtu, Andainya dah
sedar kini mengaku, Padanlah buruk betul kelaku.
Intifadhah itu perjuangan suci, Tapi
Israeil tersangat benci, Agaknya begitulah BN dan belaci, Kerana apa Intifadhah dicaci?.
Kalau memang dah habis modal, Akan diupah perempuan sundal, Nakkan apa semua dibedal,
BN@UMno memangpun handal. Otak dah tumpul masukkan bakul, Dibuat apa kalau dah bahlol,
Orang yang ikut kan jadi biol, Hanya menunggu bilakah kojol. Sandiwara dicipta arahan
siapa?, Agenda diatur tujuan apa?, Nak tipu rakyat supaya lupa!, Gagalkan tuntutan rakyat
kenapa? Andainya takut nak ke mahkamah, Tel*r
pun hilang menjadi lemah, Otakpun biol
hilanglah hemah, Itulah punca cipta karenah. UNDUR BAGIMU MAHATHIR ADALAH SERIBU KALI
LEBIH BAIK, DARI BERTAHAN YANG HANYA AKAN MENAMBAH KEHANCURAN UMNO@BN. MENAMBAH KEHANCURAN
NEGARA. KALAU INTIFADHAH YANG KAU NANTIKAN UNTUK KAU BARU COBA BERUNDUR, NANTILAH RAKYAT
MENGHUKUMMU DENGAN SEBERAT-BERAT HUKUMAN. .... Sampai di mana kini EZAM dengan deligasinya
telah membuat laporan polis tentang salah guna kuasa PM? Rakyat di sini ternanti-nanti
untuk turut sama memberikan sokongan. REFORMASI!!! KE ARAH NEGARA YANG ADIL BERTERASKAN
WAHYU. ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN
MENYAMBUT HARI RAYA 'EDUL FITRI! Sekian terimalah kasih! Azhari(s) 23 Ramadhan1421
|